≡ Menu

Walaupun Tak Sedap Jika Tergigit, Ini 10 Khasiat Cengkih Kepada Kesihatan.

Apakah khasiat air halia pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat air halia, kandungan nutrisi dan komponen sihat di dalamnya.

Pengenalan

Halia atau Ginger mahupun dalam bahasa saintifik iaitu Zingiber Officinale Roscoe turut dikenali sebagai Zinggiberis dalam bahasa Greek berasal daripada kumpulan tumbuhan yang sama seperti kunyit.

Halia  mempunyai aroma dan rasa yang pedas dan panas dan terkenal dalam kalangan orang India dan Cina yang dipercayai telah menjadikan halia sebagai akar tonik pada 5000 tahun yang lalu sebagai salah satu perubatan alternatif.

Kini, halia telah tumbuh secara meluas di kawasan tropika yang lembab dan India menjadi negara terbesar pengeluaran halia. Malah, di Malaysia kebanyakan individu sudah mempunyai tanaman halia sendiri di belakang halaman rumah masing-masing bagi mendapatkan manfaat halia tersebut.

Kandungan Berkhasiat dalam Air Halia

Kandungan yang memberikan khasiat terdapat pada halia ialah gingerols, shagoals, zingiberene, zingerone dan choline. Setiap kandungan yang terdapat di dalam halia ini memainkan peranan yang utama dalam memberikan khasiat terhadap kesihatan.  Di mana, bagi rasa dan aroma yang pedas dan panas adalah disebabkan oleh kandungan gingerols.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

10 Khasiat Air Halia Pada Kesihatan

1. Membantu proses penurunan berat badan.

Halia boleh digunakan sebagai satu cara untuk menurunkan berat badan. Kajian mengatakan pengambilan 2g serbuk halia dibancuh bersama air panas sebelum mengambil makanan mampu meningkatkan proses pembakaran makanan tersebut. Malah, halia juga dikatakan dapat mengurangkan rasa lapar.  Namun begitu, bagi kesan yang lebih efektif, pengambilan halia serta pengambilan makanan secara sihat dan terkawal mampu menurunkan berat kepada berat yang ideal.

2. Memberikan mood yang positif

Halia mempunyai kandungan Choline, di mana Choline amat penting dalam neurotransmitter. Neurotransmitter penting bagi memberikan mood yang positif. Choline bertanggungjawab di dalam mengatur memori, mood dan kepandaian seseorang. Ianya juga penting dalam mengerakkan otot untuk aktiviti harian kita. Namun begitu, tiada saranan yang tepat jumlah pengambilan halia untuk mendapatkan mood yang positif.

3. Mengurangkan kesakitan ketika kedatangan haid

Pengambilan 250g serbuk halia bersama air dikatakan dapat mengurangkan kesakitan haid. Ianya perlu diambil sehari sebelum berlakunya pendarahan haid dan minuman  tersebut perlu diminum secara berterusan sehingga hari ketiga kedatangan haid tersebut.

4. Mengurangkan simptom ‘Morning Sickness’

Halia sangat berkesan pada ibu mengandung terutamanya yang mempunyai simtom muntah-muntah pada waktu pagi. Di dalam satu kajian, pengambilan halia 1.1g- 1.5g mampu mengurangkan simptom loya yang dihadapi oleh ibu mengandung. Halia tersebut perlu direneh selama beberapa minit sebelum dihidang.

5. Membantu sistem penghadaman

Terdapat individu yang mempunyai masalah penghadaman seperti tidak selesa perut, senak perut, serta masalah penghadaman lain boleh mengambil halia kerana ianya mampu memberikan kelegaan kepada anda Halia terkenal sebagai pembantu kepada sistem pencernaan.

Oleh itu, kajian mengatakan pengambilan halia dapat membantu mempercepatkan proses gastric emptying atau dikenali sebagai pengosongan perut dan mengurangkan simptom ketidakselesaan perut.

6. Mengelakkan dehidrasi

Pengambilan air halia dapat mengekalkan hidrasi dan mengelakkan dehidrasi kepada anda. Hal ini kerana pengambilan air tersebut telah meningkatkan pengambilan air seharian anda. Sekiranya perlu menambah madu didalam air halia tersebut, boleh lakukan sebegitu untuk rasa yang lebih enak.

7. Membantu penyembuhan otot selepas latihan

Halia didapati dapat memberikan penyembuhan otot selepas latihan bebanan. Pengambilan 4g halia serbuk halia bersama air didapati dapat membantu penyembuhan otot yang cedera semasa latihan dengan peningkatan  Namun begitu, kesan halia terhadap Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS) masih tidak dapat pencerahan yang jelas dan meemrlukan kajian yang lebih oleh ahli kajian.

8. Mengurangkan kesakitan migrain

Pengambilan air estrak halia sebanyak 400mg bersama ubat tahan sakit (ketoprofen) dapat mengurangkan kesakitan migrain. Selepas 1 jam pengambilan ekstrak halia tersebut, penghidap migraine mendapati kesakitan kurang dan memperbaiki status fungsi.

9. Mengurangkan pendarahan haid yang berlebihan

Pengambilan halia dapat mengurangkan pendarahan haid yang keluar secara berlebihan. Kedatangan haid yang secara berlebihan memberikan impak kepada setiap perempuan. Oleh itu, pengambilan air halia bagi mengawal pengeluaran haid agar tidak terlalu ‘heavy flow’ digalakkan duntuk mengambil air halia tersebut.

10. Membaiki bacaan lemak dalam badan  

Pengambilan halia sebanyak 5g sehari dapat memberikan kesan kepada bacaan kolesterol  jahat iaitu lipoprotein berketumpatan rendah (LDL). Pengambilan selama 3 bulan dapat mengurangkan bacaan LDL sebanyak 17.4%. Namun begitu, di dalam kajian tersebut menyatakan saranan 5g tidak praktikal kerana ramai responden tidak mampu mengambil jumlah halia yang banyak.

Kesimpulan

Halia sangat tidak asing di dalam masyarakat di Malaysia. Tidak kira Melayu, Cina mahupun India dan Lain-Lain bangsa menggunakan halia di dalam masakan mahupun minuman seharian. Oleh itu, pengambilan halia tidak perlu di sangkal lagi kebaikan terhadap kesihatan.

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.