≡ Menu

Amalan & Bacaan Melariskan Perniagaan

Prof terima amalan ini dari seorang guru di malaysia beberapa tahun yang lalu,dan Prof terima jugak dari guru di Thailand beberapa bulan yang lepas..

Apabila anda ingin membuka pintu kedai atau promote barang jualan.. Maka baca lah:

  1. Surah Al-Fatihah 1x
  2. Selawat ke atas nabi 7x/11x
  3. Baca Surah An-Nashr 3x. Apabila sampai ayat “wa roaitannaa sayadkhuluna fi dinillahi afwaa jaa” maka niatlah dalam hati supaya ramai yang masuk dan tengok barang jualan anda seperti mana ramai kaum kuffar makkah yang memeluk agama islam setelah kemenangan makkah…
BACA:  Doa-doa Dari Nabi SAW Untuk Memulihkan Penyakit

Surah ini menceritakan ramai kuffar mekkah memeluk agama islam apabila Allah memberi kemenangan kepada ummat islam di kota makkah,berpuak-puak dan berkumpulan-kumpulan kuffar memeluk agama Allah..

Kata guru: “hendaklah memperbanyakkan bertasbih,memuji Allah dan meminta Ampun sepanjang perniagaan”

Kata guru lagi “apa-apa amalan yang baik boleh di amalkan,tetapi lebih mujarrab jika beradab.. Setengah daripada beradab ialah meminta izin/ kebenaran sebelum beramal…

BACA:  Selalu Sakit Tumit Kaki? Cuba Amalkan Doa dan Petua Ini

Dengan ini saya Mustaman Bin Mustafa mengizinkan beramal kepada mereka yang memohon izin di ruangan komen dan Add & Follow facebook Mustaman Bin Mustafa…

Prof doakan supaya perniagaan anda halal dan laris serta memberi manfaat….

“izinkan saya beramal Prof”

Kredit: fb Prof Mustaman Bin Mustafa

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!