≡ Menu

Makan Makanan Masam Je Cirit-Birit. Kenapa Ya? Baca Dahulu

“Masuk kali ini dah enam kali keluar masuk tandas! Kenapalah perut buat hal pula, rasanya tadi tak adalah makan makanan pelik-pelik melainkan masakan masam sikit.”

Rasanya pasti ada di kalangan kita semua pernah mengalami situasi seperti ini bukan, baru setengah jam makan makanan masam perut tiba-tiba meragam.

Betul Ke Makan Makanan Masam Punca Cirit-Birit?

Individu yang mengambil makanan masam yang mengandungi bahan seperti cuka, jus asam jawa, jus limau nipis, jus limau purut, jus lemon, atau pun makanan yang diperam, sering mengadu mengalami masalah cirit-birit.

Betulkah makan makanan masam punca masalah sakit perut ini berlaku? Sebenarnya bukan makanan pedas saja boleh menyebabkan sakit perut seperti cirit-birit berlaku, makanan masam juga memberi kesan yang sama.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Macam Mana Boleh Berlaku?

BACA:  Berbaktilah Kepada Ibu Bapa Sebagaimana Mereka Berkorban Membesarkan Kita. Insya'Allah, Ibu Bapa Redha, Allah Pun Redha

Banyak faktor boleh menyebabkan mengapa perut memulas dek kerana makan makanan masam, dan antara sebab-sebabnya adalah:

  • Dah lama tak makan makanan masam
  • Perut sensitif terhadap makanan masam
  • Makan makanan masam berlebihan
  • Gastrik

Dan boleh jadi juga makanan yang dimasak itu terlebih masam, hingga menyebabkan asid perut tidak dapat berasimilasi terhadap asid yang terdapat dalam makanan tersebut lalu menyebabkan perut meragam.

Pastinya tiada siapa yang mahu keluar masuk tandas banyak kali bukan? Antara solusi yang boleh kamu lakukan bagi menangani masalah cirit-birit adalah banyakkan minum air masak atau air suam.

Jangan terus makan ubat melancarkan sistem penghadam nanti jadi lebih teruk pula keadaan kamu, jadi apa yang kamu boleh lakukan adalah kekal hidrat hingga perut beransur-ansur berhenti memulas dengan sendiri.

Tetapi jika masalah yang kamu alami menunjukan berpanjangan dan tiada tanda untuk reda, segera dapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran kamu untuk lakukan pemeriksaan.

Semoga maklumat yang dikongsikan bermanfaat, selamat beramal

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.